Pelajar perempuan diratah 6 lelaki selama 2 hari sebelum dicampak ke dalam hutan

 


Seorang pelajar perempuan menjadi tempat melampias nafsu sekumpulan lelaki selama dua hari sebelum ditinggalkan di hutan di India, lapor Daily Mail. 

Pelajar kejuruteraan berusia 20 tahun itu yang tidak didedahkan identitinya ditinggalkan dalam keadaan kritikal selepas diserang secara seksual oleh sekumpulan lelaki terbabit sejak 30 Disember lalu. 
Dalam keterangan mangsa kepada pihak polis, kejadian itu bermula apabila seorang lelaki datang menghampirinya ketika mangsa sedang menunggu tren di stesen dan mendakwa dia adalah rakan kepada abangnya.

Suspek memberitahu mangsa, perkhidmatan tren tergendala berikutan kerja-kerja penyelenggaraan dan suspek menawarkan diri untuk menghantar mangsa ke destinasi. 

Mangsa kemudian mengikuti suspek, namun menyedari dia dibawa menuju ke arah yang salah. Suspek meminta mangsa untuk turun di stesen lain dan menaiki bas untuk ke destinasinya. 

Apabila mangsa keluar dari kereta, suspek terus menerkam dan mengheretnya ke rumah berdekatan di mana kejadian itu berlaku. 

Suspek kemudian disertai oleh lima lagi lelaki lain dan memperkosa mangsa secara bergilir-gilir lebih dari 48 jam. 

Mangsa kemudian ditinggalkan di hutan berhampiran pada 1 Januari di mana dia ditemui oleh orang awam sebelum dihantar ke hospital. 

Polis sedang menjalankan siasatan tetapi sehingga kini masih belum membuat sebarang tangkapan. 

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close