"Baik aku Berak Dalam Seluar Saja..", Lelaki Bengang Gaji Dipotong Disebabkan Terlalu Kerap Habiskan Masa Di Tandas
Seorang lelaki di Taiwan mencetuskan kontroversi di media
sosial selepas memuat naik status yang memaklumkan gajinya telah dipotong
kerana terlalu banyak menghabiskan masa kerja di tandas.
Lelaki berkenaan yang hanya dikenali sebagai Mr A. meluahkan
rasa tidak puas hatinya di laman Facebook di mana gajinya bagi bulan Mac 2021
dipotong oleh majikan.
Bagaimanapun, dia mengaku telah menghabiskan masa lebih
kurang 49.5 jam di tandas dan secara purata, dua jam sehari.
Namun, Mr A. menyalahkan majikannya kerana tidak memaklumkan
bahawa gaji pekerja boleh dipotong sekiranya berbuat demikian.
Merasakan dirinya dianiaya, Mr A berkongsi mengenai perkara
itu di media sosial dan meminta pandangan dari netizen sama ada dia boleh
mengambil tindakan undang-undang terhadap majikan, atau sebaliknya.
Difahamkan, Mr A. bekerja selama 22 hari pada bulan Mac
2021, dengan jumlah 195 jam dan gaji 160 yuan (RM101). Apabila tiba hari
pembayaran gaji, Mr A mendapati wang sebanyak 4,400 yuan (RM4,500). Enggan
berdiam diri, Mr A pergi berjumpa dengan pihak sumber manusia.
Pihak sumber berkata, berdasarkan semakan video rakaman
litar tertutup, Mr A menghabiskan banyak masa di tandas selama 50 jam bagi
bulan lepas. Sedangkan pihak majikan hanya membenarkan pekerjanya pergi ke
tandas selama satu jam sahaja. Disebabkan itu, gajinya telah dipotong
berdasarkan jumlah masa yang dibazirkan dalam tandas, iaitu 27.5 jam.
"Okay, saya mengaku berada di tandas untuk tempoh yang
agak lama. Tetapi wajar ke potong gaji saya?" katanya yang juga
memaklumkan dia diugut buang kerja oleh majikan sekiranya masih mempertikaikan
hal itu.
Mr A juga nekad membuat aduan kepada biro tenaga buruh. Ibu
bapanya menasihatkan untuk tidak terburu-buru mengambil keputusan dan buang rasa
ego serta teruskan bekerja.
"Kalau saya tak boleh habiskan masa di tandas, saya
berak saja dalam seluar dan biar satu office ini berbau. Menyampah saya dengan
hal-hal remeh macam ni," katanya.
Di media sosial, netizen memberikan pelbagai reaksi. Ada
yang kata mereka memahami keputusan pihak majikan kerana 50 jam waktu kerja
dihabiskan di tandas adalah keterlaluan. Tetapi ada juga segelintir yang
meminta Mr A. melaporkan majikannya kepada pihak berkuasa.
"Company takde duit nak bayar kau just untuk lepak
dalam toilet. Company mana yang upah orang untuk duduk dalam toilet dua jam
setiap hari?" kata netizen.
"Kau kerja 8 jam sehari, 22 hari sebulan. Maknanya kau
habiskan masa selama 6 hari dalam toilet, memang patutlah gaji kau kena
potong," tambah netizen.
Sumber: Oddity Central

