Cara Membuat Permohonan Rumah Mampu Milik Untuk Golongan B40 (TEDUH)

 

Hasil daripada Inisiatif kerajaan melalui Jabatan Perumahan Negara dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), satu portal telah dibuat bagi memudahkan setiap individu yang berkelayakan memohon program perumahan. Portal tersebut dikenali sebagai TEDUH. Berdasarkan maklumat yang diperolehi, TEDUH berfungsi sebagai gerbang 'One-Stop Centre' kepada individu yang ingin memohon rumah.

Terkini, permohonan rumah mampu milik untuk tahun 2021 telah dibuka bagi golongan B40. Untuk membuat permohonan ini, beberapa syarat dan kelayakan perlu dipenuhi sebelum melanjutkan permohonan tersebut.


Syarat-Syarat Kelayakan


Skim PPR Disewa

a)    Pemohon hendaklah berwarganegara Malaysia
b)    Berumur 18 tahun ke atas   
c)    Mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
d)    Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh kerajaan Negeri


Skim PPR Dimiliki

a)    Pemohon hendaklah berwarganegara Malaysia
b)    Berumur 18 tahun ke atas   
c)    Mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 sebulan
d)    Pemohon belum memiliki rumah
e)    Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh kerajaan Negeri


Skim Prima

a)    Pemohon hendaklah berwarganegara Malaysia
b)    Bujang / Berkahwin atau Berumur 21 Tahun ke atas.
c)    Prima ada pembelian rumah Pertama atau Kedua
d)    Pendapatan isi rumah RM 15,000 ke bawah


Cara Membuat Permohonan

Step 1    :    Pendaftaran Akaun

1.   Layari laman sesawang ini  https://sprn.kpkt.gov.my/user/register
2.   Buat pendaftaran akaun dengan mengisi maklumat yang diperlukan seperti nama, No I/C dan Email.



Step 2    :    Pengesahan e-Mail

1.    Pastikan e-Mail yang telah didaftarkan adalah betul dan masih aktif.
2.    Pemohon akan menerima e-Mail daripada PENDAFTARAN AKAUN SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK untuk mengaktikan akaun yang telah didfaftarkan pada awal tadi.
3.    Pastikan pemohon klik pada pautan yang berwarna biru. Setelah klik pautan, pemohon akan diminta untuk memasukkan kata laluan baru. Sila pastika kata laluan itu diingati.





Step 3    :    Memilih Skim

1.    Setelah masuk ke portal menggunakan kata laluan yang baru, pemohon hendaklah memilih SKIM PPR DISEWA/ SKIM PPR DIMILIKI/ MYHOME
2.    Sebelum memilih skim yang dikehendaki, sila pastikan pemohon membaca kesemua syarat-syarat yang diperlukan.
3.    Sila pastikan kesemua maklumat yang diperlukan diisi dan jangan ada yang tertiinggal.
4. Makluma-maklumat yang perlu diisi adalah seperti maklumat permohonan, maklumat pendapatan, maklumat pasangan dan maklumat tanggungan.




Step 4    :    Muat Naik Dokumen Sokongan

1.    Pemohon hendaklah klik pada DOKUMEN SOKONGAN untuk menghantar semua maklumat yang di minta sebagai bukti.
2. Sila pastikan dokumen yang dihantar adalah berformat PDF dan tidak lebih daripada 3 MB.


Step 5    :    Membuat Pengesahan

Apabila dokumen sokongan sudah dimuat naik, pemohon boleh membuat pengesahan berkenaan maklumat diisi adalah benar. Dan proses permohonan telah pun siap. Pemohon tinggal menunggu keputusan permohonan tersebut.

Sumber : KPKT

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close