[Video] "Hari-hari Saya Minum.. Saya Yakin Ia Boleh Cegah Covid-19..", Ahli Parlimen India Minum Air Kencing Lembu Untuk Elak Dijangkiti Covid-19
Angka kes positif Covid-19 di
India semakin meningkat sehingga menyebabkan bekalan oksigen dan ubat-ubatan
semakin terbatas. Keadaan ini memaksa sebahagian rakyatnya kembali semula
menggunakan rawatan tradisional untuk melawan virus yang tidak dapat dilihat
dengan mata kasar itu.
Seperti yang dilakukan oleh salah
seorang Ahli Parlimen India, Surendra Singh, yang mengamalkan minuman air
kencing lembu yang dipercayainya dapati dijadikan sebagai ubat untuk mencegah
Covid-19.
Terdahulu, Surendra memuat naik
videonya meneguk segelas air kencing lembu di media sosial sambil mendakwa
minuman itu mujarab untuk mendapatkan kesihatan yang sempurna. Katanya, dua
hingga tiga sukatan air kencing lembu diperlukan dan dicampur bersama dengan
segelas air sebelum diminum.
Seseorang itu perlu memastikan
perutnya kosong terlebih dahulu. Setelah mengambil minuman itu, perut perlu
dibiarkan begitu sahaja tanpa mengambil sebarang makanan atau minuman agar air
kencing lembu itu dapat memberikan kesan yang diharapkan.
Surendra juga menyarankan orang
ramai membeli air kencing lembu Patanjali sekiranya mereka sukar untuk
mendapatkan bekalan air kencing lembu sendiri. Difahamkan, air kencing haiwan
itu boleh didapati dalam bentuk produk atau kapsul.
Ahli Parlimen itu dengan yakinnya
mendakwa, amalan minum air kencing lembu mampu membunuh racun dalam tubuh dan
juga merupakan rawatan perubatan yang efektif untuk pelbagai jenis penyakit
seperti obesiti, kanser sehingga ke penyakit ginjal dan hati. Air kencing lembu
juga selalu disebut sebagai ubat untuk penyakit diabetis terutamanya air
kencing dari lembu bunting.
Selain itu, Surendra turut
menyarankan amalan pemakanan kunyit panggang untuk gaya hidup yang sihat.
Sumber: Daily Star
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan
bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan
implikasinya sebelum menulis komen anda
disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin
juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun
dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda
sendiri.