"Dh Macam Dalam Filem..", Larikan Peti Besi Dengan Wang Hampir Setengah Juta, 3 Polis Antara Yang Ditahan

Lebih mengejutkan, tiga daripada enam individu tersebut merupakan anggota polis.

Mereka dipercayai terlibat dengan kes melarikan sebuah peti besi mengandungi wang tunai bernilai hampir setengah juta ringgit pada Rabu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, anggota berpangkat sarjan dan koperal itu ditahan pada Jumaat selepas tiga lagi ahli sindiket terbabit berjaya diberkas dalam tempoh 24 jam.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati ahli sindiket berkenaan mengumpil pintu utama premis syarikat kurier cawangan Alor Setar itu sekitar jam 1.30 pagi sebelum melarikan sebuah peti besi mengandungi RM400, 000 yang berada di lokasi kejadian.

“Terdahulu, suspek mencabut fius utama bekalan elektrik di bahagian luar premis menyebabkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tidak berfungsi sebelum memecah masuk premis berkenaan.

"Difahamkan, penjenayah terbabit melarikan wang kutipan hasil pembelian secara tunai aktiviti perniagaan syarikat tersebut yang disimpan di dalam peti besi khas, ” katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kedah pada Sabtu.

Kamarul Zaman berkata, suspek pertama berjaya ditahan hanya beberapa jam selepas rompakan berlaku dan hasil maklumat orang awam, polis berjaya menahan lima lagi suspek serta merampas beberapa barang kes.

“Kesemua suspek berusia antara 30-an hingga 50-an, tiga anggota polis tersebut masih berkhidmat di salah sebuah ibu pejabat polis daerah di Kedah ketika ditahan, manakala selebihnya adalah orang awam, ” katanya.

Menurutnya, antara barang yang dirampas adalah sebuah peti besi, wang tunai RM263,295, tujuh buah telefon bimbit, sim kad dan memori kad telefon, sebuah grinder (alat pemotong besi), sebuah 'extansion' serta beg tangan berwarna hijau.

“Kesemua serbuan dan tangkapan dilakukan di sekitar daerah Kota Setar. Sebahagian lagi wang tunai sekitar RM130,000 masih belum ditemui dan polis sedang memburu dua lagi suspek sindiket berkenaan yang dipercayai melarikan wang terbabit, ” katanya.

Kamarul Zaman berkata, tiga suspek yang ditahan didapati positif dadah jenis methamphetamine.

“Siasatan masih di peringkat awal dan kita akan siasat bagaimana anggota polis turut terlibat dalam sindiket ini. Dalang sindiket ini belum dikenal pasti namun saya percaya kes ini dapat diselesaikan segera dengan tertangkapnya lima suspek tersebut, ” katanya.

Menurut Kamarul Zaman, pihaknya yakin dua lagi suspek yang diburu masih berada di daerah ini dan polis turut mengedarkan gambar suspek untuk membantu siasatan.

“Kesemua suspek direman bermula Jumaat sehingga 1 Julai depan, ” katanya.

Kes disiasat bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda serta sebatan jika sabit kesalahan.

Sumber : Sinar Harian

Sudah baca jangan lupa like, komen dan share ya 😊

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya  sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close