“Dia Diiringi Tentera Mesir Dengan Kereta Perisai,” Ebit Lew Dah Sampai Di Bumi Palestin
Related:
Seperti mana yang kita semua tahu, penceramah bebas terkenal Ustaz Ebit Lew mengadakan misi bantuan kemanusiaan untuk menyampaikan sumbangan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat peperangan baru-baru ini.
Menerusi kiriman daripada Facebooknya, beliau menceritakan pengalaman semasa berada di sana. Beliau juga mengucapakan ribuan terima kasih kepada individu-individu yang turut membantunya menyelesaikan misi ke sana.
“Kami masuk dengan diiringi Tentera Mesir dengan kereta berperisai sepanjang perjalanan.”
Syukur pada Allah Team kami berada di Gaza Palestin. Kami masuk dengan diiringi Tentera Mesir dengan kereta berperisai sepanjang perjalanan. Menurut kedutaan Malaysia dan Unit perisikan Tentera Mesir kami team pertama dalam dunia yang dibenarkan masuk melalui Pintu Rafah selepas perang 2021 baru ini.
Terima kasih teramat sangat pada Dato Seri Hishammuddin Hussein yang dari mula membantu team kami. Setiap hari kami bermesej. Dato Seri call kementerian luar Mesir dan terus datang ke Mesir untuk membantu saya secara terus.
Katanya, ustaz jaga team kita ye. Walau terlambat seminit, betapa ramai yang memerlukan di Palestin menderita. Terima kasih wisma Putra. Terima kasih Dato Idamoerni dan kedutaan besar Malaysia Mesir En Shahabudin dan team yang sangat banyak membantu macam keluarga dah.
Terima kasih DYAM HRH Crown Prince of Johor TMJ yang sangat banyak membantu dan turut menyumbang bersama. Terima kasih selalu bertanya khabar. Terima kasih juga kepada YAB PM Muhyiddin Yassin yang menghubungi Presiden Mesir dengan menyebut tentang misi kami.
Sebak sayu terasa seperti balik kampung halaman sendiri…
Mungkin dari kecil berdoa untuk rakyat Palestin. Kini dapat jejak kaki ke sini. Saya minta maaf tidak update sebelum ini atas faktor keselamatan.
Terharu bila sampai kami disambut oleh Palestin Red Crescent. Ramai berebut untuk menyambut. Kementerian Kesihatan Palestin dan Kementerian Luar Palestin. Sepanjang masuk border Rafah cuma kedengaran semua ajak minum makan dan ke rumah mereka. Terasa seperti keluarga yang sangat dekat.
Sumber: Ustaz Ebit Lew
Sudah baca jangan lupa like, komen dan share ya 😊
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas
komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir
panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum
menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan
artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen
yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen
adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.