"Kesian isteri Dia Kena Bantai Selalu..", Keluarga Mentua Menipu Cover Anak Bekas Banduan, Wanita Derita Dibantai Suami

Meskipun zaman dah moden, namun masih ada anak yang percaya kepada jodoh aturan keluarga kerana bagi mereka restu itu adalah kunci kebahagiaan. Tapi macam mana bila lepas kahwin baru pecah tembelang rupa-rupanya semua hanyalah penipuan semata-mata?

Dai berpakat dengan sedara mara…orang tengah yang datang merisik kononnya kerja bagus

Ibarat nasi sudah menjadi bubur, luahan daripada seorang wanita ini telah dikongsikan semula oleh pengacara terkenal Fedtri Yahya menerusi laman Twitter. Gara-gara terpedaya dengan penipuan keluarga mentua sewaktu merisik, seorang wanita terpaksa menanggung derita menikahi pilihan ayahnya sendiri meskipun waktu itu sudah memiliki teman lelaki.


Lepas seminggu mula naik kaki tangan…Hidup dalam ketakutan diugut

Rupa-rupanya, lelaki yang telah dikahwini itu hanyalah biawak hidup dan turut bergelar bekas banduan. Lebih menyedihkan, ketika di awal perkahwinan dia sudah pun dibelasah oleh suaminya. Namun selepas 5 bulan, wanita tersebut nekad untuk meminta bantuan bekas teman lelakinya.




Setahun saya berjuang…Dia ugut lagi dan lagi katanya nak gantung saya tak bertali

Akhirnya, si suami berjaya diberkas pihak polis selepas dilaporkan abangnya. Sejak itu, wanita tersebut berjuang mendapatkan peguam untuk berpisah dengan lelaki tersebut meskipun diugut untuk digantung tidak bertali. Namun kini, dia sudah mampu menarik nafas lega dan bahagia mendirikan rumah tangga bersama bekas teman lelakinya.


Sumber: Twitter Fedtri Yahya

Sudah baca jangan lupa like, komen dan share ya 😊

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya  sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close