'"Saya Jual Apa, Dia Pun Nak Jual, Sudah Lama Saya Bersabar", Peniaga Keropok Lekor Viral Tampil Jelaskan Punca Sebenar Pergaduhan Dengan Peniaga Laksa
Beberapa hari lalu, viral video peniaga keropok
lekor didakwa menganiaya barang peniaga laksa di kawasan Taman Koperasi LLN,
Kajang yang dikatakan berpunca dari rasa tidak puas hati.
Peniaga laksa telah memuat naik video kejadian
tersebut yang menunjukkan bahan-bahan masakannya telah dijatuhkan oleh peniaga
keropok lekor. Malah, mangsa telah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.
Tidak lama kemudian, kedua-dua pihak telah berdamai setelah masing-masing
memohon maaf di atas apa yang berlaku.
Menurut maklumat, mangsa mendakwa peniaga
keropok lekor menghalangnya dari berniaga dan mencari rezeki di kawasan itu.
Sedangkan kawasan itu bukan hak miliknya dan merupakan kawasan terbuka bebas
berniaga.
Bagaimanapun, peniaga keropok lekor yang
dikenali sebagai Aliana Lee, tampil memberikan penjelasan mengenai kejadian
sebenar bagi mengelakkan orang ramai terus mengecamnya di media sosial.
"Saya
dah mengaku salah dekat abang ipar peniaga itu. Dah minta maaf dan abang
ipar peniaga laksa itu pun dah minta maaf dari pihak dia.
"(Ceritanya,) saya jual apa, dia pun nak
jual. Bila saya tegur, saya ditengkingnya. Sudah lama saya bersabar, namun dia
sedikit pun tidak mempedulikan saya. Sekarang dia nak tutup periuk nasi saya,
viralkan saya, body shamming saya lagi.
"Sudah tiga tahun saya berniaga di sini
secara berlesen, tidak ada sesiapa yang kacau. Sekarang dia datang, dia
viralkan saya," komennya di Facebook.
Berdasarkan gambar screenshot perbualan di
WhatsApp, "Cerita dia sebelum kejadian, kita main (jual) tembikai, dia pun
nak main. Nana sound la dia. Lepas itu anak dia tengking-tengking, jeling hot
kat Nana. Lepas tu bertekak.
"Bekas dia tu bertutup, lepas tu Nana tak
tahu apa, terbalikkan. And then dia panggillah abang kawasan dia datang. And
then bincang, Nana pun minta maaf. Tup-tup video naik".
Sementara itu, pelanggan tetapnya juga tampil
mempertahankan Aliana dan meminta netizen tidak hanya mendengar aduan sebelah
pihak.
"Owner keropok lekor itu kawan saya. Dia
cerita apa yang terjadi pada masa itu. Saya selalu datang ke gerai dia. Lagipun
diorang memang dah bertahun berniaga. Dia okay je sesiapa yangg nak berniaga di
sebelah dia. Tetapi diorang ada bergaduh mulut.
"Boleh tahan juga orang niaga laksa ni ye,
play victim. Takpe, Allah tahu siapa aniaya siapa. Kenapa awak tak record gerai
uncle buah antara gerai korang? Awak sampai nak viralkan macam ni. Benda boleh
settle baik baik. Sama-sama Melayu. Tak apa, semoga awak dimurahkan
rezeki," komen rakannya.
Sumber: Facebook
Sudah baca jangan lupa like, komen dan share ya
😊
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan
bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum
menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel
ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis
disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab
anda sendiri.