[Video] "Ini Betul2 Dah Melampau..", Viral Rakaman 3 Lelaki Mempersendakan Azan, Permohonan Telah Dibuat
PETALING JAYA – Tiga lelaki yang dipercayai terlibat dalam satu rakaman video seolah-olah mempersenda azan dan ayat suci al-Quran tampil membuat permohonan hari ini.
Ketiga-tiga mereka memuat naik rakaman video mengakui
kesilapan yang telah mereka lakukan dan meminta maaf kepada seluruh umat Islam
Malaysia.
Salah seorang pemuda terbabit yang hanya memperkenalkan
dirinya sebagai Ruban berkata, dia memohon maaf kepada semua umat Islam di atas
kesilapannya.
“Saya tiada niat perli umat Islam. Dalam video itu saya
tidak boleh menahan kepedasan apabila kami mengadakan “challenge” (makan pedas)
lalu saya letak kedua-dua tangan di telinga dan pada masa itu kawan saya suruh
saya mengulanginya sambil membuat (rakaman) video.
“Dia melafazkan ayat yang memang tidak sepatutnya. Saya
kecewa atas apa yang berlakunya dalam video tersebut. Saya memohon maaf di atas
kesilapan kami dan berjanji tidak mengulanginya lagi,” katanya.
Rakannya yang hanya dikenali sebagai Brandon Eng pula berkata,
dia sebagai individu yang merakam video itu turut memohon maaf di atas
kesilapan yang dia lakukan.
Menurutnya, dia merakam video itu untuk tujuan ‘main-main’
dan tidak tahu ia sesuatu yang serius.
“Saya sepatutnya tidak boleh melafazkan ayat tersebut.
Tolong maafkan kami dan kami tidak akan melakukan perbuatan seperti ini selepas
ini,” katanya.
Seorang lagi pemuda dikenali sebagai Ryan berkata, dia
berasa kecewa dengan apa yang berlaku dalam rakaman video tersebut.
Katanya, dia dan rakan-rakannya menghormati dan mencintai
semua agama di Malaysia, maka mereka meminta maaf dengan sepenuh hati.
Terdahulu satu rakaman video berdurasi 31 saat menunjukkan
beberapa lelaki kelihatan seperti mempersenda azan dan ayat suci al-Quran tular
di media sosial.
Perbuatan itu menerima kecaman orang ramai yang mahu Polis
Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan terhadap mereka di atas dakwaan
menghina Islam.
Reaksi Warganet:
Sumber : Aku Papan Kekunci
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung
ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda
berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di
media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu
untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial.
Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.