[Video] "Macam Sampah je Kau Buang Kucing Tu..", Viral Lelaki Campak Kucing Ke Dalam Sungai, Ramai Netizen Kecam Tindakannya
PETALING JAYA – Perbuatan seorang lelaki ᴍᴇɴᴄᴀᴍᴘᴀᴋ seekor kucing yang telah disumbat ke dalam sebuah beg plastik ke dalam sungai mengundang kecaman hebat di laman sosial.
Menerusi perkongsian di laman Facebook
Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) kejadian tersebut dipercayai
berlaku di sebuah perkampungan di Betong, Sarawak, namun tarikh sebenar
kejadian tidak dinyatakan.
Menurut Animal Malaysia, perbuatan tersebut boleh
menyebabkan haiwan itu terdedah kepada bahaya ᴅɪʙᴀʜᴀᴍ ʙᴜᴀʏᴀ atau ᴍᴀᴛɪ ʟᴇᴍᴀꜱ.
“Masyarakat Betong digesa kenal pasti pelaku
dan laporkan kepada pihak berkuasa. Sarawak negeri autonomi mempunyai Enakmen
Kebajikan Haiwan 2015 untuk ᴍᴇɴᴅᴀᴋᴡᴀ ᴘᴇɴᴊᴇɴᴀʏᴀʜ haiwan.
“Jangan beri peluang kepada ᴘᴇɴᴊᴇɴᴀʏᴀʜ ᴋᴇᴢᴀʟɪᴍᴀɴ
haiwan hidup bebas. Mereka perlu dijejak, ᴅɪᴛᴀɴɢᴋᴀᴘ, ᴅɪᴅᴀᴋᴡᴀ dan ᴅɪʜᴜᴍʙᴀɴ ke ᴘᴇɴᴊᴀʀᴀ,”
katanya di laman Facebook hari ini.
Jelas Animal Malaysia, Akta Kebajikan Haiwan
2015, Enakmen Kebajikan Haiwan 2015 (Sabah & Sarawak) perlu pindaan dengan
memasukkan ʜᴜᴋᴜᴍᴀɴ ꜱᴇʙᴀᴛᴀɴ terhadap ᴘᴇɴᴊᴇɴᴀʏᴀʜ haiwan.
Sementara itu, rata-rata netizen mengecam
tindakan lelaki tersebut dan menyifatkan perbuatan itu sangat ᴋᴇᴊᴀᴍ dan tidak
berperikemanusiaan.
“Sampai hati ʙᴜᴀɴɢ macam tu je apa salah kucing
tu?,” soal Jasmon Jas di ruangan komen.
Tangkap layar memaparkan seorang lelaki membawa
kucing yang diletakkkan dalam beg plastik sebelum ᴍᴇɴᴄᴀᴍᴘᴀᴋᴋᴀɴɴʏᴀ ke dalam
sungai.
Pada masa sama, netizen turut mempersoalkan
kenapa perakam video tersebut tidak menghalang perbuatan lelaki berkenaan dan
seolah-olah turut ʙᴇʀꜱᴜʙᴀʜᴀᴛ dengan pelaku.
“Yang ambil video tu kenapa tidak halang dan
minta kucing tu? Kucing tu tak tau apa2 tapi boleh pula dilakukan macam itu,
sedih betul,” kata Aliceson Linda.
Sehingga pukul 6 petang tadi, klip video
berdurasi 30 saat itu ᴅɪꜱᴀᴋꜱɪᴋᴀɴ lebih 8,500 kali dan dikongsi lebih 307 kali.
Rakaman yang tular
Reaksi warga maya
Harap dapat pakcik tu.
Kurang didikan ꜱɪᴠɪᴋ betul
Hati-hati pada yang memberi komen marah
Tidak mustahil perkara begini pernah berlaku sebelum ini disana.
Sudah baca jangan lupa like, komen dan share ya
😊
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan
bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum
menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel
ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis
disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab
anda sendiri.