[Video] "Menyesal Saya Pakai Contact Lens..", Mata Gadis Terpaksa ‘Dikorek’, Rosak Dijangkiti Kuman ‘Ketagih’ Contact Lens

Bukan semua orang yang mempunyai pandangan kabur suka tampil mengenakan kaca mata untuk melihat lebih jelas. Justeru, mereka lebih yakin untuk menggunakan contact lens yang terdiri daripada pelbagai warna. Malah ada individu yang tidak mempunyai masalah penglihatan juga turut jadikannya sebagai aksesori fesyen.

Bila diri dah ‘ketagih’ guna contact lens..

Walaupun begitu, penggunaan contact lens sebenarnya lebih cerewet kerana perlu diiringi disiplin penjagaan yang rapi bagi mengelakkan bendasing masuk ke dalam mata. Malang tidak berbau, begitulah nasib seorang gadis bernama Nana ini selepas dirinya mengakui agak kerap memakai contact lens setiap kali keluar berjalan.

Mata habis bengkak & berair…terpaksa ‘dikorek’ buang jangkitan kuman

Tanpa diduga, kedua-dua belah matanya telah pun menjadi bengkak selain turut berair. Malah Nana juga sukar melihat dengan baik serta tidak selesa. Rupa-rupanya, bahagian tersebut telah pun terkena jangkitan kuman sehingga perlu dikorek oleh doktor.

Nak pakai lens memang kena betul-betul bersih…Jadi takut terus nak ada lens jugak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib yang telah menimpa Nana. Selain seram untuk memakai contact lens, ramai juga memberi nasihat tentang cara penjagaan dan pemakaian yang betul. Secara keseluruhannya, video tersebut telah meraih lebih 500 ribu jumlah tontonan.




Sumber: TikTok Nana

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close