[Video] "Orang Mau Menyelamat..", Viral Rakaman Anggota Bomba Dikasari Penduduk Didakwa Lewat Sampai Ke Tempaty Kebakaran

Pekerjaan sebagai seorang anggota bomba nyatanya tidak mudah. Selain bersedia untuk mengharungi risiko ajal yang menanti, mahu atau tak mereka terpaksa berdepan dengan pelbagai karenah masyarakat sekitar sewaktu misi menyelamat dilakukan persis video yang tular sejak semalam.

Datang nak padamkan kebakaran tapi bertukar jadi insiden lain…Bomba terima laporan jam 3.18 petang

Cukup menguji kesabaran, kerja-kerja memadamkan kebakaran oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Lawas, Sarawak diganggu oleh seorang lelaki yang membuat kekacauan. Siapa sangka dalam saat getir, individu terbabit datang melampiaskan rasa tidak puas hati mereka.

Bomba baru sampai dah kena belasah…Ada yang marah-marah kononnya datang lambat

Sebaik tiba di lokasi tersebut yang terletak enam kilometer dari balai, seorang lelaki tidak semena-mena ‘naik hantu’ dengan membaling barang sebelum membelasah salah seorang anggota. Manakala rakannya pula bertindak memarahi pasukan berkenaan yang didakwa lambat sampai untuk memadamkan kebakaran. Bomba yang sedang memegang hos juga terpaksa menyemburkan air bagi mengelak dikasari.


Uploading: 1649933 of 1649933 bytes uploaded.

Anggota bomba yang cedera dah report polis…Waktu sampai rumah dah hampir musnah terbakar

Susulan kejadian itu, anggota bomba terbabit yang mengalami kecederaan ringan telah pun membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya. Difahamkan ketika anggota sampai di lokasi berkenaan, sebahagian rumah yang tidak berstruktur kekal itu sudah pun musnah setelah dijilat api marak.

Sumber: Facebook Sarawak Edition & Portal Astro Awani

Sudah baca jangan lupa like, komen dan share ya 😊

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya  sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close