[Video] 'Polis BSP, Kenapa Buka 1 Lane Jer? Kepala Bapak Kau B***H!', Tak Puas Hati Pasal SJR, Wanita Maki Polis Sebelam Padam Akaun Instagram
Viral di media sosial tindakan seorang wanita secara terang
lagi jelas menghina Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya Polis Bandar
Saujana Putra (BSP) dalam luahan ketidakpuasan hatinya, baru-baru ini.
Video berdurasi 7 saat itu jelas menunjukkan wanita terbabit
mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota PDRM BSP yang bertugas di sekatan
jalan raya (SJR) di kawasan tersebut.
"Satu! Polis BSP, tolonglah cerdik sikit. Kenapa kau
buka satu lane jer?! Kepala bapak kau b***h!" kata Atishaazn.
Susulan viral video tersebut, Ketua Polis Daerah Kuala
Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor memaklumkan pihaknya telah membuka
kertas siasatan dan akan menyiasat video tersebut di bawah Seksyen 504 Kanun
Keseksaan kerana sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah
keamanan.
Selain itu, kes tersebut turut disiasat di bawah Seksyen 233
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan
rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Setakat ini, polis sedang mengenal pasti identiti wanita
tersebut. Semakan di Instagram juga mendapati, wanita itu telah memadamkan
akaunnya.
Di media sosial, netizen mengecam perbuatannya yang dianggap
langsung tidak menghormati pihak berkuasa yang hanya menjalankan tugas bagi
memastikan prosedur operasi standard (SOP) bagi Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) 3.0 dipatuhi.
"Dia ingat polis suka-suka kot pacak kat jalan tu 24 jam. Kalau tak mampu nak hargai pengorbanan diorang, janganlah sampai memaki. Orang lain pun sama juga hadap kesesakan tetapi okay saja. Yangg perempuan ini jadi gila apa sampai maki kepala bapak?" kata Irman Euro
"Kebenaran berkata-kata dah diberi, tetapi jangan
menghina orang. Pihak berkuasa hanya menjalankan tanggungjawab dan arahan. Kita
sebagai rakyat biasa perlu hormat undang-undang," kata Aniq JJ.
Sumber: Sinar Harian, Info Roadblock JPJ/POLIS
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung
ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda
berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di
media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu
untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial.
Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.