[Video] "Sabar, Bawa Mengucap..", Viral Rakaman Lelaki Cubaan Terjun Dari Tingkat 11 Diselamatkan Orang awam

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang cuba ᴍᴇᴍʙᴜɴᴜʜ diri berjaya diselamatkan orang awam di Tingkat 11, Blok B, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Jinjang Utara di sini hari ini.

Difahamkan, lelaki warga tempatan berusia 25 tahun cuba ᴍᴇᴍʙᴜɴᴜʜ diri kerana mengalami tekanan emosi akibat ketiadaan pekerjaan dan kesusahan hidup.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima laporan pada pukul 11 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, ᴍᴀɴɢꜱᴀ telah diselamatkan oleh orang awam sebelum dibawa ke Balai Polis Jinjang untuk tindakan lanjut.

“Hasil siasatan mendapati, ᴍᴀɴɢꜱᴀ yang berasal dari Ipoh, Perak itu bertindak sedemikian kerana tekanan emosi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, setakat ini ᴍᴀɴɢꜱᴀ menumpang di rumah rakannya di tempat kejadian.

“Siasatan dijalankan di bawah ꜱᴇᴋꜱʏᴇɴ 309 Kanun ᴋᴇꜱᴇᴋꜱᴀᴀɴ kerana cuba ᴍᴇᴍʙᴜɴᴜʜ diri.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung insiden ini boleh menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di 03-40482206,” jelasnya.

Terdahulu, tular beberapa rakaman video di media sosial yang memaparkan seorang lelaki cuba ᴍᴇᴍʙᴜɴᴜʜ diri dengan keluar dari tingkap namun dihalang orang awam.


Sumber : Aku Papan Kekunci

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya  sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close