Kerana cemburu, bapa langg4r & pijak an4k sendiri sampai m4ti sebelum dibuang dalam semak
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang, 12 Februari lalu, Aldi Manata
Sibarani, 10, dilanggar dan dibelasah bapanya, Mangasa Sibarani, sehingga
mati di depan mata anak bongsunya, Andre Sibarani, 4.
Selepas kejadian itu, Andre diberi amaran agar tidak menceritakan
kejadian itu kepada sesiapa termasuk ibunya dan pihak polis.
Namun perbuatan si bapa terbongkar apabila ibunya mula tertanya-tanya di
mana Aldi yang tidak muncul sejak jam 7.30 malam. Berdasarkan keterangan
dan pertunjuk dari Andre, dia telah menunjukkan di mana mayat abangnya
dibuang.
Dalam keterangan kepada pihak polis, meskipun sudah terlambat untuk
menyesal, Mangasa mengaku membunuh anak lelakinya itu.
"Awalnya ini semua terjadi kerana saya cemburu dengan isteri saya. Isteri
kerja di Medan, kebetulan sewaktu dia pulang ke kampung, kami berbincang
untuk mencari jalan penyelesaian agar tidak berjauhan lagi kerana ia tidak
baik untuk hubungan suami isteri. Selesai berbincang, akhirnya kami capai
kata sepakat dan isteri terlebih dahulu mahu pergi ke Medan untuk
mengambil barang-barangnya.
"Beberapa hari kemudian, isteri mahu pulang semula ke kampung dan
dihantar oleh anak abang saya dari Medan ke Dolok Sanggul. Namun isterinya
yang masih belum sampai menyebabkan saya berasa gelisah lalu saya menyuruh
Aldi (mangsa) pergi membeli rokok di warung yang terletak agak jauh dari
rumah.
"Setelah setengah jam, Aldi tidak muncul, saya pinjam kereta kawan dan
pergi mencarinya bersama dengan anak bongsu saya, Andre, 4, di warung
tersebut. Kata pemilik warung, Aldi sudah pulang," katanya.
Setelah dua jam, mangsa masih belum ditemui menyebabkan Mangasa terpaksa
pulang dan mengembalikan kereta itu kepada rakannya. Dalam perjalanan
pulang, Mangasa ternampak anaknya keluar dari semak, 2 meter dari mereka
lalu dipecut kereta secara mendadak dan secara tidak sengaja terlanggar
mangsa.
Mangsa kemudian dihentak bapanya beberapa kali di bahagian bampar
belakang sehingga terjatuh dan dipijak-pijak badannya sebelum dimasukkan
ke dalam kereta. Mangasa sempat menyalakan sebatang rokok selepas kejadian
itu.
Mangasa kini disiasat kerana membunuh dengan sengaja dan berdepan dengan hukuman penjara 20 tahun.
Ketika ini, Andre dan ibunya di bawah perlindungan pihak kebajikan.
Berikutan kejadian itu juga, Andre mengalami tekanan dan depresi.