Lapah Kulit Kepala Kekasih Gara-gara Cemburu
Kentucky - Seorang lelaki menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun selepas mahkamah di sini, hari ini, memutuskan dia bersalah terhadap tuduhan melapah kulit kepala teman wanitanya dan kemudian membiarkan anjingnya jenis pitt bull menyerang mangsa menyebabkan telinga wanita itu putus digigit.
|
Menurut Fox 19, dalam keterangan oleh polis sebelum ini, selepas membelasah wanita itu, Zachary melapah kulit kepala mangsa dengan pisau dan mengarahkan anjingnya menyerang mangsa. Anjing itu menggigit sebahagian cuping telinga wanita itu hingga putus.
Lelaki itu kemudian memasukkan kulit kepala wanita itu ke dalam beg plastik dan membuangnya di depan rumah ibu mangsa.
Dalam hujah terakhirnya kepada juri, Penolong Peguam Daerah Boone, Leanne Beck, berkata selepas menekan mangsa ke lantai dan melapah kulit kepala Marilyn, tertuduh berkata: “Kamu botak sekarang! Siapa lagi yang mahukan kamu?”
Wanita itu diterbangkan ke Pusat Perubatan Universiti Cincinnati dan doktor mendapati 80 peratus kulit kepalanya dilapah.
Pasukan perubatan juga mendapati hidung wanita itu patah dan matanya bengkak sehingga sebesar bola besbol.
Lelaki itu kini menunggu hakim menjatuhkan hukuman dalam perbicaraan akan datang selepas pasukan juri mengambil masa hampir dua jam untuk mencapai keputusan bersalah yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun.