"Saya Tak Tahan Bau Kakinya..", Tak Tahan Bau Kaki Isteri, Suami Nekad Mahu Bercerai
ZHENGZHOU, CHINA - Seorang lelaki nekad menceraikan isterinya kerana kaki
wanita itu terlalu berbau, lapor Daily Mail.
Dalam temubualnya bersama stesen televisyen tempatan, Su berkata, dia
sudah puas meminta isterinya membasuh kaki dengan kerap, namun usahanya
itu menjadi sia-sia.
Su berkata, kaki isterinya terlalu berbau sehingga boleh membuatkan satu
bas yang penuh dengan penumpang berebut-rebut keluar dari bas. Meskipun
sudah banyak kali menasihatkan isterinya, wanita itu enggan berubah. Malah
wanita itu memberitahu Su bahawa dia rela bau busuk kakinya itu membuatkan
Su mati lemas.
Difahamkan, pasangan itu telah berkahwin selama tujuh tahun.
"Isteri saya benar-benar selekeh orangnya. Dia baling pakaiannya
merata-rata. Pakaian kotor pun dia boleh kumpul selama seminggu atau 10
hari," katanya.
Dalam temubual itu, Su juga mengambil sarung kaki yang kotor milik
isterinya yang diletakkan di bawah bantal untuk ditunjukkan pada wartawan.
Bagaimanapun, masalah kebersihan bukanlah masalah utama dalam perkahwinan
mereka berbanding bau kaki isterinya yang terlalu kuat.
"Setiap hari bila saya pulang ke rumah, bau kakinya yang busuk itu memang
kuat. Pernah saya katakan, saya takkan masuk ke dalam rumah jika dia tidak
membasuh kakinya.
"Encik pasti nak ceraikan isteri encik?" tanya wartawan.
"Saya mesti ceraikan dia," tegas Su.
Tidak lama kemudian, pasangan itu dilihat bertemu di luar sebuah pusat
beli belah.
"Saya dan suami baik-baik sahaja, tiada apa yang serius berlaku, hanya
salahfaham kecil sahaja. sambil cuba menarik suaminya berlalu pergi dari
wartawan berkenaan," tegas wanita berkenaan apabila ternampak wartawan
yang menghampiri mereka.
"Tetapi dia kata tidak gembira dengan gaya hidup dan tabiat awak malas
mencuci kaki, betul ke?" soal wartawan itu.
Berdasarkan reaksi wanita itu, jelas sekali dia tidak mahu bercerai
dengan suaminya. Dia juga enggan berbicara mengenai tabiat malasnya
mencuci kaki yang berbau itu.
Tidak beberapa lama kemudian, wanita itu akhirnya membuka mulut apabila
dia bersetuju untuk bercerai sebelum meninggalkan suaminya itu. Malah dia
juga enggan menjawab panggilan telefon dari suaminya.
Video temubual itu kemudian dimuat naik di laman QQ.com dan telah
ditonton 30 juta kali mencetuskan pelbagai reaksi netizen.
"Seorang isteri tidak perlu menjadi cantik, tetapi siapa yang tahan hidup
dengan isteri yang selekeh?" soal netizen pertama.
"Bagaimana dia boleh survive dalam tempoh tujuh tahun perkahwinan
mereka?" soal netizen kedua.