[Video] "Maafkan ayah Nak..", Suami Isteri Frontliner Serba Salah Anak Positif Covid-19
Related:
- Kantoi curang? Pemuda kecewa, kekasih diam2 keluar bersama lelaki Myvi biru.. Pandai hang buat2 tak kenal, dasar perempuan si*l..
- lsteri Mahu ʙᴇʀꜱᴀʟɪɴ di ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ Swasta, Suami ᴛᴇʀᴘᴀᴋꜱᴀ Kerja Siang Malam Kumpul RM10K
- Sebab Tak Cukup RM300, Tiada Siapa Nak Uruskan Jenaazah Anak – Lelaki Kongsi Kisah Sedih Terjadi Pada Ayah Ini
Saban hari, angka jangkitan Covid-19 di Malaysia masih lagi di tahap yang sangat membimbangkan. Antara paling terkesan ketika ini sudah tentu barisan petugas hadapan yang bertungkus-lumus siang dan malam bagi memastikan situasi kesihatan negara dalam keadaan terkawal. Namun bagi pasangan frontliner di bawah, ujian berat terus menimpa mereka.
Suami isteri dua-dua frontliner…Seorang kerja pemandu ambulans dan pasangan pula jururawat
Si suami bekerja sebagai seorang pemandu ambulans manakala isteri pula bertugas sebagai jururawat di salah sebuah pusat kesihatan. Selepas pulang daripada tempat kerja, masing-masing sentiasa memastikan kebersihan dan juga SOP sentiasa terjaga untuk keselamatan keluarga.
Allahuakbar, selalu bawak patient Covid-19…Kali ni anak sendiri, tak sanggup biar ayah tanggung semua
Walau bagaimanapun, luluh hati Rusazha Azmi apabila anak ketiganya telah pun disahkan positif Covid-19. Perasaan tidak sedap hati yang muncul memaksanya untuk membawa kanak-kanak tersebut menjalani swab test. Susulan itu, lelaki tersebut merasa cukup bersalah kepada anak-anaknya berikutan selama ini sering bertugas membawa patient Covid-19.
Tak dapat nak gambarkan perasan tu, lawan jangan down…Semoga anak diberikan kesembuhan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak dengan perkongsian tersebut. Selain berdoa untuk kesembuhan kanak-kanak berkenaan, ramai juga meminta Rusazha untuk tidak berterusan menyalahkan dirinya sendiri.
Sumber: TikTok RusazhaAzmi