Anak terberak dalam seluar dipijak bapa tiri di punggung & perut sehingga sawan, meninggal dunia
Bengang anak tiri terberak di dalam seluar, lelaki berusia 36 tahun ini
tergamak memijak-mijak mangsa sehingga mati dalam bilik air. Ery Age
Anwar, mengaku menganiaya dan memijak anak tirinya yang berusia tiga
tahun.
Ketua Polis Malang, Dony Alexander berkata, suspek pada awalnya
memberitahu mangsa meninggal dunia akibat lemas dalam air. Namun hasil
bedah siasat menunjukkan berlaku pendarahan di bahagian usus, selain
menemui kesan lebam di bahagian punggungnya.
"Setelah laporan hasil bedah siasat dikeluarkan, barulah suspek mengakui
perbuatannya yang menyebabkan mangsa meninggal dunia.
"Suspek melakukan perbuatan itu kerana berang dengan mangsa yang terberak
di dalam seluar, di kediaman mereka di Kota Malang, pada 30 Oktober
2019.
"Suspek kemudian membawa mangsa pergi ke bilik air dan membasuh
punggungnya. Malangnya, mangsa terjatuh ketika dicuci dan di kesempatan
itulah suspek bertindak memijak punggung mangsa sebanyak dua
kali.
"Apabila mangsa menterbalikkan badannya, suspek sekali lagi memijak
perutnya yang menyebabkan mangsa mengalami kekejangan (sawan),"
katanya.
Panik melihat keadaan mangsa, suspek kemudian menyapu minyak angin ke
tubuh mangsa dan mengangkat kakinya ke atas dan kepala di bawah. Suspek
turut memanaskan badan mangsa untuk memulihkannya dari
kekejangan.
Keadaan mangsa tidak pulih dan suspek terus membawanya ke hospital.
Tetapi disahkan meninggal dunia.
Kes kematian mangsa diketahui oleh ahli keluarga pada keesokan harinya.
Tetapi sebahagian ahli keluarga merasa ada sesuatu yang tidak kena dengan
kematian mangsa.
Suspek sudah ditahan polis dan bakal berdepan dengan hukuman 15-20 tahun
penjara.
Sumber: Sosok