Bayi Perempuan Dir0go1, Didera Dan Dibvnvh Selepas Diculik Dari Bilik Hotel Ibu Bapanya
Seorang bayi perempuan berusia 13 bulan ditemui mati dalam tangki air
sebuah hotel di Colombia, lapor Daily Mail.
Dalam kejadian di Hotel El Bostezo di bandar Florence, Caqueta, pasangan
suami isteri berkenaan hanya menyedari anak mereka hilang dan tiada berada
dalam bilik sebaik saja bangun dari tidur sebelum melancarkan gerakan
mencari mangsa.
Mangsa akhirnya berjaya ditemui namun dalam keadaan yang sudah tidak
bernyawa di dalam sebuah tangki air hotel tersebut.
Susulan kejadian itu, polis telah menahan seorang lelaki yang dipercayai
telah menculik mangsa. Polis percaya, suspek yang tinggal di hotel
yang sama telah menculik mangsa sebelum dirogol, didera dan
dibunuh.
Sementara itu, nenek mangsa bersedih menerima perkhabaran itu dan mahu
menuntut keadilan bagi pihak mangsa.
Pemilik Hotel El Bostezo, Jose Hernandez berkata, pada hari kejadian itu
pengawal keselamatan yang bertugas telah tertidur dan tidak menyedari
kejadian itu.
Ketua Polis Caqueta, Javier Navarro berkata, mayat mangsa telah dibawa ke
hospital untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca kematiannya.
Pihaknya juga sedang menyoal siasat suspek dan memerlukan sedikit masa
untuk mengumpul bukti dan menyelesaikan kes tersebut.