Cubaan rogol remaja 16 tahun dalam semak gagal, suspek digigit semut
Cubaan seorang lelaki merogol gadis bawah umur dalam kejadian di Sukamaju
Selatan, Indonesia pada Sabtu 19 Januari 2019 menemui kegagalan apabila
dia digigit semut, lapor Tribun.
Suspek, Toni Irawan, 29, didakwa cuba merogol seorang remaja perempuan
berusia 16 tahun.
Ketua Polis Sukamaju, Alimin Pammu berkata, suspek ditahan pada keesokan
hari selepas mangsa membuat laporan polis.
Difahamkan, suspek terdahulu menghubungi mangsa dan mengajaknya keluar
sebelum menjemputnya dengan kereta lalu dibawa ke Sitingkil.
"Tiba di lokasi kejadian, suspek mengajak mangsa melakukan hubungan seks
tetapi mangsa melarikan diri dan dikejar oleh suspek,"
katanya.
Dalam perjalanan pulang, suspek memberhentikan keretanya dengan alasan
mahu mencuci kereta.
"Pada saat itu, suspek terus menarik mangsa ke dalam semak sambil
membaringkannya di atas rumput. Namun kedua-duanya digigit oleh semut
hitam.
Related:
"Di kesempatan itu, mangsa terus berdiri dan melarikan diri ke rumah
penduduk berhampiran," katanya.
Suspek kini ditahan dan siasatan sedang dijalankan.