Nyaris maut ditikam kerana mengadu suspek selalu kentut, berdengkur dan mengetap gigi ketika tidur
Seorang pelajar lelaki nyaris kehilangan nyawa selepas dia ditikam dengan
pisau oleh rakan sebiliknya hanya kerana mengadu mengenai beberapa
kelakuan tidur suspek yang menjengkelkan semua penghuni bilik asrama
tersebut, lapor World of Buzz.
Dalam kejadian tengah malam di bilik asrama di sebuah kolej di Beijing,
China, mangsa dan beberapa rakan sebilik yang lain sedang lena
tidur.
Bagaimanapun, salah seorang penghuni bilik berkenaan, Xiao Tian, terjaga
dari tidurnya kira-kira jam 4 pagi kerana terdengar bunyi bising dalam
bilik. Xiao yakin suara didengarnya itu adalah suara mangsa, Wong, yang
meminta pertolongan sebelum terdengar suara seorang lagi rakan sebiliknya,
Lau berkata:
"Aku akan tikam kau sampai mati!"
Terkejut dengan apa yang didengarnya itu, Xiao segera membuka lampu bilik
dan ternampak Wong sedang bergelut dengan Lau yang mahu menikamnya dengan
pisau.
Lau duduk di atas katilnya dan berkata pada Xiao, "Bukan mudah nak
membunuh orang," katanya.
Sebaik dilaporkan tentang kejadian itu, polis segera datang dan menahan
suspek yang langsung tidak melawan, malah wajahnya langsung tidak
menunjukkan sebarang rasa takut dan menyesal ketika itu.
Sementara itu, mangsa cedera di kepala, dada dan mulut akibat serangan
tersebut. Selain itu, mata mangsa juga lebam dan cedera. Menurut doktor
yang merawatnya, mangsa nyaris menjadi buta akibat dari kecederaan
tersebut.
Related:
"Dia memang menimbulkan gangguan pada waktu malam. Bunyinya mengetap
gigi, kentut dan berdengkur. Saya harap dia dipenjarakan selama beberapa
tahun," katanya.
Sehari sebelum kejadian, Wong berbincang dan meminta Lau berpindah ke
bilik lain kerana mereka semua tidak tahan dengan tabiat buruk Lau ketika
tidur. Selepas mendengar kata-kata itu, Lau hanya membalas, "Kau tunggu
dan lihat." dan keesokan harinya mangsa diserang dengan senjata
tajam.
Menurut guru kelasnya, Lau bukan pelajar yang bermasalah tetapi hanya
mengalami masalah psikologi.