Remaja alami buta warna akibat kerap gunakan handphone lebih 10 jam sehari
Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di Taiwan disahkan buta warna
kerana banyak menghabiskan masa menggunakan telefon bimbitnya lebih dari
10 jam setiap hari.
Menurut Dr. Hung Chi-ting, pesakit secara berterusan terdedah kepada
cahaya telefon bimbit menyebabkan sel matanya terjejas yang membawa kepada
punca buta warna.
Tambahnya, kes itu merupakan kes pertama di dunia di mana punca kejadian
disebabkan penggunaan telefon bimbit yang terlalu kerap.
Mujur remaja berkenaan yang dikenali sebagai Liu mengambil langkah awal
untuk merawat matanya dan kini matanya telah pulih seperti
normal.
Liu berkata, dia kerap menggunakan telefonnya dalam keadaan gelap ketika
musim cuti panas yang lalu. Dia hanya mula mendapatkan rawatan pada
September apabila dia nyaris terbabit dalam kemalangan ketika melintas
jalan kerana tidak dapat melihat warna lampu isyarat.
"Saya tak tahu lampu isyarat menyalakan warna merah pada waktu itu. Mujur
saya ditarik oleh ahli keluarga ketika cuba melintas jalan itu dan
bertanya kenapa saya cuba melintas jalan sedangkan lampu isyarat ketika
itu berwarna merah," katanya.
Bukan itu sahaja, Liu juga tidak dapat melihat dalam keadaan
gelap.
Selepas dirawat, Dr Hung memberi peringatan kepada Liu dan yang lain agar
tidak terlalu kerap menggunakan telefon bimbit lebih dari lima jam
sehari.
"Ambil masa untuk berehat 10 minit setiap 30 minit semasa anda
menggunakan telefon bimbit. Jangan risikokan diri anda sehingga terjejas
daya penglihatan," katanya.
Sumber: Asia One, World of Buzz