'Saya tak perlukan sumbangan, saya mampu berdikari' - Lelaki hidap cerebral palsy nekad angkat batu bata guna gigi untuk menyara keluarga
Shi Junke, 25, menerima bayaran dari 250,000 penggikutnya di internet
dengan membuat persembahan tersebut.
Bapanya telah meninggal dunia empat tahun lalu dan dia menggunakan
pendapatannya dari persembahan itu kira-kira RM839.50 sebulan untuk
membeli makanan bagi keluarganya dan membayar yuran tuisyen adik
perempuannya.
Shi tinggal di Yiyang, Henan bersama dengan ibu dan adik perempuannya berusia 12 tahun. Manakala adik perempuannya yang berusia 18 tahun tinggal dan bekerja di kawasan bandar.
Shi berkata, dia mahu menunjukkan kepada orang lain bahawa dia mampu
menyara keluarganya meskipun dengan keadaannya itu. Katanya lagi, dia mahu
memberi ibu dan adik perempuannya kehidupan yang lebih baik.
"Saya mahu buktikan saya mampu seperti orang lain. Saya juga mahu menjana
pendapatan sendiri untuk menyara keluarga saya.
"Saya tidak mahu menerima sumbangan dari sesiapa, saya mampu berdiri di
kaki sendiri," katanya.
Shi juga belajar menunggang skuter elektrik agar dia dapat menghantar
ibunya ke ladang untuk bekerja.
Sejak lahir lagi, Shi disahkan menghidap cerebral palsy. Dia mula belajar
belajar pada usia 7 tahun dan tamat belajar dari sekolah rendah ketika dia
berusia 18 tahun.
Difahamkan, Shi telah lama berlatih melakukan aksi itu sebelum mengambil
keputusan untuk menunjukkan bakatnya di media sosial.
Buat masa ini, Shi mampu mengangkat batu bata seberat 40 kilogram dengan
giginya. Dari persembahan itu, dia mampu menjana pendapatan RM1,204
sebulan dan jika penontonnya kurang, dia hanya mampu menjana RM542
sebulan.
Adakalanya, Shi juga menyumbang sedikit pendapatannya itu kepada
penghibur lain yang melakukan persembahan di internet seperti dirinya
kerana "hidup mereka lebih susah dari hidup saya.".
"Saya mahu buat ibu saya gembira. Itu impian saya, mahu melihat ibu saya
menjalani kehidupan yang lebih baik di masa depan dengan usaha saya
sendiri," katanya. - Daily Mail