'Saya tegur dia dulu' - Terpikat dengan kecantikan 'wanita jadian', lelaki ini sanggup ceraikan isteri & tinggalkan anak
Stasya Bwarlele, merupakan seorang influencer di media sosial Indonesia,
mengaku pernah mendapat pendidikan perubatan di Rusia tetapi berhenti
separuh jalan ekoran bapanya meninggal dunia.
Stasya mengaku yang dia telah merubah beberapa bahagian tubuhnya seperti
alat kelamin, hidung hingga ke payudara yang membolehkan dia berubah
menjadi seorang wanita.
Tidak beberapa lama kemudian, Stasya berkenalan dengan seorang lelaki
bernama Sigit. Di program Bisik-Bisik Tetangga yang dimuat naik di saluran
YouTube MOP pada 5 Ogos 2019, Sigit mengaku telah menceraikan isteri dan
meninggalkan anaknya demi mengejar cinta Stasya.
Difahamkan, Stasya dan Sigit telah menjalinkan hubungan lebih kurang tiga
tahun.
"Awal perkenalan saya dengan Sigit, saya tinggal di apartment pada waktu
itu. Semasa saya sedang berjalan, dia dengan kawan-kawan dia tengah
melepak di kolam renang, terus dia ajak saya berkenalan," kata
Stasya.
"Saya yang tegur dia dulu," tambah Sigit yang juga mengaku hubungannya
dengan Stasya dilanjutkan ke perkahwinan.
Sigit memberi alasan dia memilih Stasya berbanding bekas isterinya kerana
dia tidak mahu lagi memiliki anak.
"Trauma? Oh tidak. Tapi saya memang sudah tak nak ada anak lagi. Cukup
satu sahaja," katanya.
Meskipun begitu, Sigit mendakwa hubungan dia dengan bekas isteri masih
baik. Stasya juga mengalakkan suaminya itu berbaik dengan bekas
isteri.
"Kami selalu buat panggilan video, mereka datang ke sini saya ajak pergi
jalan-jalan di mall, beli itu ini. Hubungan kami (dengan bekas isteri)
sangat baik. Adakalanya mereka datang bermalam di sini,"
katanya.
Melakukan pembedahan jantina adalah berdosa besar kerana ia mengubah
ciptaan Allah Taala dan mengikut petunjuk syaitan. Doktor yang terbabit
dalam melakukan pembedahan itu juga terlibat dalam dosa besar.
Firman Allah: "Janganlah menolong di atas dosa dan kezaliman." (Surah al-Maidah: 2)
Sumber: Sosok
Firman Allah: "Janganlah menolong di atas dosa dan kezaliman." (Surah al-Maidah: 2)
Sumber: Sosok