Suami pukul muka isteri bertubi-tubi dengan selipar kerana bengang tak diberi baca mesejnya dengan lelaki lain di WhatsApp
Suami pukul isteri gara-gara tidak dibenarkan melihat mesej di dalam
aplikasi WhatsApp di telefon bimbitnya dalam kejadian yang berlaku di
Seputih Banyak, Indonesia.
Pasangan itu pada awalnya hanya bertikam lidah. Tetapi si suami yang
cemburu buta terhadap isterinya lalu bertindak mengambil selipar dan
memukul wajah isterinya bertubi-tubi sehingga meninggalkan kesan
lebam.
Suspek, Rio, 24, berkata, dia curiga melihat isterinya kerap membalas
mesej dengan lelaki lain di media sosial melalui telefon
bimbitnya.
"Saya nak tengok apa yang dia chat dengan lelaki lain. Tetapi setiap kali
saya minta, dia tak bagi," katanya.
Pada hari kejadian, Sabtu 29 Februari 2020, Rio melihat isterinya masih
sibuk menghadap telefon bimbit dan bermesej dengan lelaki lain. Dari situ,
Rio mula berang lalu memarahi isterinya.
"Saya minta sekali lagi telefon bimbit dia, tetapi tidak diberi. Akhirnya
saya pukul muka dia dengan menggunakan selipar. Selepas itu, saya pulang
ke rumah ibu bapa saya," katanya.
Rio menolak dakwaan yang mengatakan dia selalu memukul isterinya dan
kejadian itu merupakan kali pertama dia marah dan memukul
isterinya.
Ekoran kejadian itu, isterinya, Diska Mutiara Putri, 22, telah membuat
laporan polis dan Rio telah ditahan polis kerana melakukan kekerasan
terhadap isterinya.
Ketika ditahan, Rio didapati sedang menghisap sabu dengan menggunakan
bong di pinggir jalan di kampung.
Polis juga merampas barang-barang untuk menghisap dadah itu termasuk
sepaket sabu, bong, pemetik api dan rokok.
"Saya tak tahu kenapa dia pukul muka saya dengan selipar sampai lebam.
Dia menghilangkan diri selepas pukul saya," kata Diska yang juga mendakwa
ini bukan kali pertama suaminya berbuat demikian.
Dalam pada itu, Diska juga menafikan dirinya curang. Dia hanya membuat
laporan polis itu kerana tidak tahan dilayan seperti itu oleh Rio.
Difahamkan pasangan berkenaan telah mendirikan rumah tangga baru
setahun.
Sementara itu menurut jiran pasangan berkenaan berkata, dia selalu
mendengar pasangan itu bertengkar.
"Ya, selalu (bertengkar), tetapi cuma sekejap jer. Hampir setiap hari
macam tu. Tak tahulah apa masalah mereka, saya tak nak membawang
lebih-lebih," katanya.
Suspek bakal dihadapkan ke mahkamah untuk tindakan undang-undang dan
berdepan dengan hukuman 4 hingga 12 tahun penjara.
Sumber: Tribun News