(Video) Bayi maut terjatuh dari tangan ibunya ketika bergaduh
Karen Lashun Harrison, 26, didakwa membunuh anaknya sendiri pada 19 Julai
lalu di mana pada hari kejadian dia bertengkar dengan seorang wanita
sebelum bertukar menjadi pergaduhan menyebabkan mangsa terjatuh di tempat
letak kereta.
Kejadian itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) premis
berhampiran yang menunjukkan Harrisan sebelum itu mengendong mangsa di
sebelah tangan kiri.
Suspek kedua secara tiba-tiba menghayun beg plastik ke arah muka si ibu
yang menyebabkannya hilang keseimbangan lalu bayi yang dikendong terlepas
dari tangan.
Harrison kemudian membawa bayinya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Apabila disoal siasat oleh polis, Harrison berbohong kononnya mangsa
terjatuh ketika dijaga oleh saudaranya.
Bagaimanapun, bayi lelaki itu disahkan meninggal dunia tidak beberapa
lama kemudian dan laporan bedah siasat masih belum
dikeluarkan.
Ekoran kejadian itu, Harrison ditahan polis untuk siasatan
lanjut.
Polis masih menyiasat motif pergaduhan itu dan wanita yang terbabit dalam
kejadian itu juga tidak ditahan.
Sumber: Daily Mail