(Video) Gaduh dengan boyfriend, ibu campak bayi di lobi hotel
Wanita yang tidak didedahkan identitinya itu, tinggal di hotel tersebut
selepas terkandas di negara berkenaan susulan pelaksanaan perintah
berkurung bagi mengekang penularan wabak Covid-19.
Kejadian itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) hotel yang
terletak di bandar Timisoara, Romania barat.
Menurut laporan media tempatan, wanita berkenaan tinggal di hotel itu
semenjak melahirkan bayinya (pramatang) di Hospital Bersalin Bega, dua
bulan lalu. Kedatangannya ke bandar itu untuk menziarahi teman lelaki yang
juga merupakan bapa kepada bayinya.
Bayi pasangan itu yang dilahirkan pra-matang terpaksa ditahan di hospital
untuk pemantauan doktor sebelum dipindahkan ke Hospial Louis Turcanu dan
tidak lama selepas itu, bayi berkenaan dibenarkan pulang.
Bagaimanapun, wanita berkenaan tidak dapat pulang ke Itali ekoran
perintah berkurung yang dilaksanakan dan terpaksa menetap di hotel di mana
kos penginapan dibiayai oleh ibu bapanya.
Bapa kepada bayi itu sering datang melawat tetapi difahamkan pasangan
berkenaan bertengkar sebelum kejadian itu berlaku.
Bayi itu kemudian menjalani pemeriksaan bagi memastikan dia tidak
mengalami sebarang kecederaan serius pada kepala dan tulang belakangnya.
Hasil pemeriksaan mendapati, mangsa mengalami kecederaan otak
traumatik.
Mangsa kini ditempatkan di ICU dan masih dirawat di Hospital Louis
Turcanu.
Sementara ibunya yang berusia 21 tahun, yang juga mempunyai anak berusia
tiga tahun di Itali, ditahan untuk siasatan lanjut.
Sumber: Daily Mail