Vlogger maut selepas makan lipan & cicak tokek
Seorang vlogger di China maut ketika live streaming selepas makan lipan
dan cicak tokek, lapor Daily Mail.
Sun, 35, ditemui tidak bernyawa di flat kediamannya di Hefei, Aunhui,
Sabtu lalu ketika teman wanitanya datang untuk berjumpa dengannya.
Mangsa yang membuat siaran langsung di platform live streaming terbesar
di China, DouYu, merakam dirinya minum alkohol sambil makan lipan, cicak
tokek dan ulat dua hari yang lalu.
Akaunnya mempunyai sebanyak 15,000 followers dan membuat live streaming
setiap malam.
Bagi meningkatkan jumlah followers, Sun akan memusingkan 'roda impian' di
belakangnya dan akan melakukan cabaran yang tertera pada roda tersebut
termasuk menelan serangga berbisa itu di hadapan followersnya.
Kali terakhir Sun melakukan live streaming pada jam 7.53 malam, Khamis
lalu sebelum ditemui tidak bernyawa di dalam biliknya dengan komputer yang
masih dalam mode live stream.
Polis juga menemui beberapa makanan yang digunakan untuk tujuan live
stream di meja mangsa.
Related:
Polis mengklasifikasikan mangsa maut akibat perbuatannya sendiri namun
tetap akan menyiasat punca sebenar kematiannya.
Video itu juga telah dipadamkan dari laman DouYu.
Sumber: Daily Mail