[Video] Terima Mesej ‘Jijik’ Pendakwah Terkenal, Wanita Kesal Suami Sendiri Tak Percaya

Sejak beberapa minggu lalu, tiba-tiba tular mengenai berita kononnya seorang pendakwah terkenal telah pun dipanggil pihak polis atas melibatkan jenayah gangguan tak senonoh kepada wanita. Malah sebelumnya sempat viral juga mengenai satu video yang menunjukkan seorang lelaki mirip individu berkenaan.

Wanita tampil turut mengalami gangguan dari pendakwah terkenal

Terbaru semalam rancangan ‘Analisis’ di TV Alhijrah telah pun membawakan antara pengakuan-pengakuan wanita yang turut sama terkesan. Rancangan yang diacarakan oleh Finaz Yunus itu meminta penjelasan daripada seorang individu bernama Diana untuk menceritakan perkara sebenar.

Mesej untuk tanya pendapat dari sudut pandangan Islam…Tapi dapat balasan lain

Jelasnya, dia pernah menghantar mesej kepada pendakwah berkenaan untuk meminta pendapat tentang satu masalah yang dihadapinya dari sudut pandangan Islam. Walau bagaimanapun, penceramah tersebut malah membalas dengan kata-kata yang kurang sopan dan menjijikkan seperti menyentuh bab malam pertama bersama suami.

Cuba untuk tak balas dan tukar topik lain…Suami dan keluarga cakap fitnah

Akan tetapi, Diana yang sudah merasa teraniaya telah memberitahu suami dan juga keluarga tentang perkara berkenaan. Namun dia akhirnya kecewa apabila masing-masing tidak mempercayai ceritanya selain menuduh telah tabur fitnah. Malah mereka semua digambarkan seperti ‘taksub’ dengan kebaikan yang sering ditunjuk pendakwah berkenaan.

Sumber: Instagram Finaz Yunus, Kisah Dunia


Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close