"Diberikan Dadah Sebelum Dirogol..", Siang Dirogol 3 Abang Kandung, Malam Bapa Punya Bahagian
Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun membuat laporan polis yang mendakwa dia telah dirogol oleh bapa dan tiga abang kandungnya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JS) Melaka, Asisten Komisioner Mohd
Sukri Kaman berkata, mangsa mendakwa dia dirogol dan diliwat di sebuah
rumah di Taman Sri Krubong, Tanjung Minyak.
"Mangsa mendakwa dirogol dan diliwat secara bergilir-gilir oleh tiga
abangnya di rumah. Mangsa juga dikatakan diberi minuman yang bercampur
dengan bahan dipercayai dadah oleh suspek sebelum dirogol,"
katanya.
Di sebelah malam pula, mangsa menjadi tempat melampias nafsu setan bapanya, yang mengugut akan memukul mangsa sekiranya dia melawan.
Siasatan mendapati, mangsa diperlakukan sebegitu oleh empat suspek sejak Februari 2020 sehingga hujung Februari 2021.
Bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan bapa, tiga abang
mangsa dan seorang wanita yang juga merupakan kakak ipar mangsa pada jam
12.45 tengah malam kelmarin.
Kesemua yang ditahan berusia dari 23 hingga 48 tahun. Keputusan ujian
saringan air kencing mendapati, tiga daripada suspek positif dadah jenis
methamphetamine.
Semua ditahan remana selama seminggu untuk siasatan di bawah Seksyen
376B Kanun Keseksaan dan Seksyen 377C Kanun Keseksaan.
Sumber: Harian Metro, The Reporter