Diserang Ketika Temu Duga Kerana Skandal Dengan Suami Kakak
Bukan saja hati remuk kerana suami menjalin hubungan dengan wanita lain.
Lebih menyakitkan apabila skandal suami adalah adik sendiri!
Berang dengan kecurangan suaminya, seorang wanita ‘menyerang’ adiknya ketika menghadiri temu duga kerja.
Video tular itu memaparkan aksi wanita tersebut yang tidak dapat menahan amarah lalu memukul adiknya sehingga jatuh.
Dia juga menarik rambut adiknya sambil meninggikan suara kepada penemuduga terbabit.
Sehubungan itu, video berkenaan mendapat perhatian netizen dan ada di antara mereka yang meragui sama ada adiknya bakal ditawarkan pekerjaan tersebut setelah kekecohan yang berlaku.
Sumber: OHBulan