"Kami Hanya ikut SOP..", Pihak Masjid Putra Memohon Maaf Isu VIP Dibenarkan Masuk Solat Jumaat Sedangkan Ramai Lagi Yang Beratur





Beberapa hari ini tular satu video yang dirakam oleh seorang individu yang menunjukkan pihak Masjid Putra tidak membenarkan orang ramai dari masuk untuk solat Jumaat.

Namun sebaliknya, kelihatan seorang VIP dan beberapa orang lain dibenarkan untuk masuk ke Masjid tersebut.

Susulan dari video tersebut yang banyak dikongsi oleh orang ramai di media sosial sehingga mengundang salah faham dan persepsi negatif dari para netizen.

Pihak Masjid Putra dalam kenyataannya memohon maaf diatas kekeliruan yang timbul dari video tersebut yang kononnya timbul layanan yang berbeza kepada jemaah yang datang untuk solat Jumaat.

Pihak Masjid Putra memberitahu apa yang Masjid lakukan adalah mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan.

Apabila kapasiti Masjid telah mencukupi kuota yang dihadkan pihak Masjid akan menutup pintu masuk dan tidak membenarkan jemaah untuk masuk ke Masjid.

Menurut pihak Masjid Putra lagi, kuota yang ditetapkan untuk jemaah adalah sebanyak 300 orang sahaja dan dari itu pihak Masjid telah memperuntukkan sejumlah kuota untuk jemaah yang tetap yang mana telah mendaftar lebih awal.

Pihak Masjid Putra juga mengesahkan memang mereka mempunyai pengunjung yang ramai, ada yang telah beratur sejak seawal pukul 11 pagi untuk solat Jumaat. Namun pihak Masjid telah menasihati secara baik kepada para jemaah mengenai perkara tersebut.

Pada masa yang sama pihak Masjid Putra juga akan meningkatkan kualiti dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para jemaah tanpa mengira kedudukan.

Sumber : Kosmo, Harianarticles

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close