Lelaki Dihentam Netizen Mengeluh Bentuk Tubuh Isteri Berubah Drastik Lepas Kahwin

 Lelaki dikecam netizen kerana membuat perbandingan fizikal isteri sebelum dan selepas mereka berkahwin.


Apa yang membuat netizen kesal adalah kenyataannya yang menganggap wanita itu kini  tidak cantik, lapor Suara.com.



Irvhan Chandra menerusi hantaran di TikTok memaparkan gambar isterinya ketika mereka bercinta dengan keadaan tubuhnya yang langsing dan berkulit gebu.

Penampilannya juga kelihatan menarik serta sedang tertawa manis.

Bagaimanapun, selepas mereka berkahwin, lelaki itu seolah-olah mengeluh isterinya semakin gempal terutamanya ketika hamil.

“Semakin berusia, kelihatan tidak cantik,” tulis lelaki tersebut pada keterangan video itu.

Hantaran tersebut mendapat kritikan hebat daripada netizen yang marah membaca kenyataan lelaki itu kerana menggunakan perkataan tidak cantik (jelek) terhadap isterinya.


00:12

“Kalau begitu, jangan dibiarkan dia mengandung. Biar sahaja dia tetap cantik, jangan punyai anak supaya dia kekal langsing. Jika sudah mempunyai anak, nanti tidak sempat bersolek. Jadi, jangan punyai anak,” sindir seorang pengguna.


Sumber: Kosmo

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close