Sayu Photoshoot Sendirian, Calon Suami Batal Nikah Last Minute Kejar Cinta Lama
Related:
- Kantoi curang? Pemuda kecewa, kekasih diam2 keluar bersama lelaki Myvi biru.. Pandai hang buat2 tak kenal, dasar perempuan si*l..
- lsteri Mahu ʙᴇʀꜱᴀʟɪɴ di ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ Swasta, Suami ᴛᴇʀᴘᴀᴋꜱᴀ Kerja Siang Malam Kumpul RM10K
- Sebab Tak Cukup RM300, Tiada Siapa Nak Uruskan Jenaazah Anak – Lelaki Kongsi Kisah Sedih Terjadi Pada Ayah Ini
Baik lelaki ataupun wanita, setiap orang mesti simpan impian untuk membawa
hubungan cinta sampai ke jinjang pelamin kan? Malangnya tak semua yang kita
rancang itu akan bertukar jadi kenyataan, kerana Tuhan tahu jodoh yang
terbaik untuk setiap hamba-Nya.
Majlis dah dekat...malangnya bakal pengantin ditinggalkan sebab kembali
kepada cinta lama
Begitulah situasi yang menimpa seorang wanita yang harus akur apabila
impiannya untuk bergelar isteri kepada jejaka pilihannya terkubur di tengah
jalan. Kisah Itu dikongsi oleh juru gambar yang dikenali sebagai Bro Sayap
atau Faris menerusi Facebooknya semalam. Lebih menyedihkan lagi, wanita
bernama Jannah itu ditinggalkan oleh bakal suami yang kembali pada pangkuan
cinta lama biarpun tarikh majlis pernikahan mereka berdua bakal tiba tak
lama lagi.
Tetap kuat teruskan sesi photoshoot walaupun cuma berseorangan...
Walau yang demikian, Jannah tetap meneruskan sesi photoshoot yang sudah
ditempah walaupun tanpa kehadiran bakal suami. Meskipun cantik memakai
busana pengantin berwarna biru, walaubagaimanapun ekspresi wajah wanita ini
nyata memendam 1,001 perasaan yang tidak dapat diungkap.
Tergamaknya ubah fikiran last minute macam tu? Moga bertabah & awak
berhak dapat yang lebih baik
Melihat ke ruangan komen, ramai netizen kelihatan sebak mengetahui kisah di
sebalik kesemua hasil gambar kenangan tersebut. Ada juga mengkritik
perbuatan bakal suami yang lari di saat-saat akhir, mereka juga mendoakan
Jannah agar tetap kuat hadapi ujian itu dan berharap agar diberikan jodoh
yang lebih baik nanti.
Sumber : FB (Bro Sayap) / Erin Sakura / Viralnewsupdates / Kisah
Dunia