Tak Sampai Setahun Berkahwin Gadis 15 Tahun Sudah Bergelar Janda
MARANG - Gadis usia 15 tahun yang tidak lagi bersekolah menamatkan zaman
bujangnya dengan pemuda berusia 30-an, September lalu dan kini bergelar
janda selepas bercerai 23 Julai lalu.
Kurang setahun disatukan, pasangan ini tidak lagi sehaluan selepas bercerai
dengan talak 3.
Bagaimanapun si ibu enggan mendedahkan kisah peribadi anaknya demi kebaikan
bersama bekas keluarga menantu dan juga anaknya yang tinggal bersama di
negeri itu.
Tambah ibu itu lagi, perkara ini sememangnya memberi pengajaran kepada anak
dan juga kepada holongan muda yang bercinta diusia muda.
“Cuma saya berharap apa yang terjadi ini akan dilupakannya. Bagi saya,
dalam usianya yang kini baru 15 tahun, masanya masih panjang dan dia tidak
perlu terlalu risau atau tertekan walaupun bergelar janda dalam usia yang
sangat muda.
“Pada masa sama, saya juga berharap perkara ini sudah selesai dengan baik
dan mereka berdua dapat menjalani kehidupan masing-masing dengan baik. Saya
juga meminta masyarakat tidak pandang serong terhadap anak saya,”
katanya.
sumber artikel: sinarharian