'Doktor' kerat al4t kelamin bayi tanpa sebab..

 


Polis India sedang memburu dua lelaki yang menyamar sebagai doktor yang didakwa memotong alat kelamin seorang bayi lelaki sehingga menyebabkan kematian, malam Selasa lalu, lapor Times of India

Menurut kenyataan polis, dua suspek berbuat demikian kerana mahu menyakinkan Gudia Devi, ibu kepada bayi berkenaan bahawa anak yang baharu dilahirkan itu adalah bayi perempuan. 

Terdahulu, Gudia yang sanggup menempuh perjalanan 110 kilometer dari rumahnya ke klinik haram, Klinik Om, di daerah Chatra Timur, Jharkand itu untuk melakukan pemeriksaan rutin. 

Dua suspek terbabit yang mahu mengautkan keuntungan dari Gudia kemudian menyarankan wanita itu melakukan ultrasound terhadap kandungan Gudia yang berusia lapan bulan sebelum mengatakan dia perlu menjalani proses kelahiran secara pembedahan. 

Namun, setelah mendapati bayi yang dilahirkan itu adalah bayi lelaki, dua suspek terbabit bertindak memotong alat kelamin bayi yang tidak berdosa itu menyebabkan mangsa meninggal dunia akibat kehilangan darah yang banyak.

Tidak berpuas hati dengan kejadian itu, pasangan berkenaan membuat laporan polis pada pagi Rabu dan ketika polis tiba di klinik itu, dua suspek terbabit telah menghilangkan diri.

Dua suspek terbabit sedang diburu dan akan didakwa kerana menubuhkan klinik haram selain tidak memiliki ijazah perubatan yang sah. 

Difahamkan, kegiatan doktor palsu dan klinik haram adalah perkara biasa yang berlaku di kawasan luar bandar di negara itu kerana hospital swasta mengenakan caj perubatan yang mahal menyebabkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan.

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close