Mesin tebu 'makan' tuan, Jari hancur tersepit...
SEREMBAN: Jari tangan kiri seorang peniaga hancur selepas tersepit pada mesin perahan air tebu, ketika membuat persiapan baru membuka gerainya pagi tadi.
Lelaki berusia 50-an itu terpaksa menahan kesakitan selama lebih 10 minit sebelum diselamatkan anggota bomba dalam kejadian jam 11.30 pagi di Taman Dato' Shahbandar, Ampangan, di sini, hari ini.
Ketua Balai Bomba Seremban, Mohammad Idris berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11.34 pagi tadi dan tiba di lokasi kejadian lima minit kemudian.
Beliau difahamkan, mangsa baru membuka gerainya dan sibuk memerah air tebu, bagaimanapun berlaku kesilapan secara tiba-tiba apabila tangan kiri direntap masuk ke dalam mesin berkenaan.