(Video) "Kena belasah sampai 'berkicap'.."Peninju MMA tewaskan Master Wing Chun?
Ahad lalu, peninju MMA berkenaan, Xu Xiaodong, 33, menewaskan Ding Hao, 20, pengamal Wing Chun, seni pertahankan diri yang diasaskan oleh Ip Man.
Xu menewaskan Ding sebanyak enam kali dalam tiga pusingan yang disiarkan secara langsung pada 18 Mac di Chengde, wilayah Hebei.
Tahun lalu, Xu dikecam teruk oleh netizen selepas perlawanannya bersama guru Tai Chi tahun lalu, apabila dia berikrar untuk membuktikan bahawa Seni Mempertahankan Diri Tradisional Cina adalah pembohongan semata-mata.
Meskipun Xu berjaya menewaskan Ding, netizen mula mempersoalkan latar belakang Ding yang agak meragukan.
Berdasarkan video perlawanan tersebut, Ding pada awalnya banyak menyerang Xu. Tidak lama selepas itu, Xu bangkit dan melakukan serangan bertubi-tubi terhadap Ding di bahagian kepala, menyebabkan Ding terjatuh beberapa kali.
Ding yang begitu mudah diserang oleh Xu menimbulkan persoalan apakah dia benar-benar layak untuk mewakili Wing Chun?
Seorang kolumnis di negara itu mendakwa Ding tidak layak mewakili Wing Chun, malah dia bukan ahli dalam Persatuan Wing Chun.
"Cara dia menumbuk, tak nampak seperti seperti Wing Chun langsung. Tindak balas Ding terlalu perlahan untuk digelar sebagai Wing Chun Master," kata netizen.