Petani rugi RM30,000 sembilan lembu kena curi


PASIR MAS: Seorang petani kerugian RM30,000 selepas sembilan lembunya disyaki dicuri di Kampung Tendong, awal pagi hari ini.

Kejadian jam 3.30 pagi itu disedari penduduk kampung yang melihat sebuah lori dan sebuah pikap Toyota Hilux keluar dari lokasi berkenaan pada waktu itu.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir, berkata jam 9.30 pagi tadi, ketika mangsa berusia 62 tahun itu mahu melihat haiwan ternakannya, dia mendapati lembu ditambat di kawasan padang kira-kira 300 meter dari rumahnya hilang.

"Mangsa dapati semua tali digunakan untuk menambat lembu dipotong. Mangsa membuat laporan polis hari ini kerana mengesyaki sembilan lembu termasuk tujuh lembu betina bernilai RM30,000 dicuri.

"Hasil siasatan awal, mangsa memberitahu orang kampung sekitar itu melihat sebuah lori dan sebuah Toyota Hilux keluar dari kawasan jalan berkenaan jam 3.30 pagi, namun nombor pendaftaran tidak dapat dipastikan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, tiada pagar keselamatan dan tiada kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di tempat kejadian.

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close