"Saya terdengar suara ghaib..", Bayi 13 bulan m4vt dikel4r ibu hanya disebabkan terdengar sesuatu...

 


Seorang bayi lelaki berusia 13 bulan maut disembelih oleh ibunya sendiri dalam kejadian jam 4 petang Rabu 23 Januari lalu di Lombok Timur, Indonesia. 

Suspek, Huriah, 36, didakwa membunuh anaknya sendiri, Muhammad Ridwan, 13 bulan, dengan menggunakan parang. 

Ketua Polis Lombok Timur, Sugiarta berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan awal mendapati suspek mengalami masalah gangguan jiwa.

Berdasarkan keterangan dari saudara dan jiran suspek, wanita itu pernah dimasukkan ke hospital sakit jiwa kerana mengalami masalah gangguan jiwa.

Suspek yang telah bercerai dengan suaminya mendakwa, dia terdengar suara bisikan yang memberitahu bahawa anaknya adalah anak dajal. 

Suspek kemudian membunuh anaknya dengan parang ketika mangsa berada di pangkuannya. 



Selepas membunuh mangsa, suspek meletak mayat anaknya di lantai bilik dan memaklumkan kepada keluarga yang dia telah membunuh mangsa. 

Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut. 

Sumber: Viva

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close