Atuk 90 Tahun Cuak Tengok Isteri Periksa Telefon Bimbit
Jika pasangan sering menyembunyikan telefon bimbit, ia pasti akan mengundang perasaan curiga di hati.
Kredit foto: TikTok
Menerusi video dimuat naik Annisa Tarigan di TikTok, kelihatan seorang wanita warga emas sedang memeriksa telefon suaminya.
Lebih menghiburkan apabila si suami yang sedang berdiri itu kelihatan terkulat-kulat seolah-olah berdebar-debar memerhatikan telefon bimbitnya diperiksa isteri.
Dalam video itu turut kelihatan mereka berbual di ruang tamu sebelum isterinya cuba mengalihkan skrin telefon tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat si isteri yang sedang memeriksa telefon bimbit suaminya itu. Malah ada juga di antara mereka yang ingin memeriksa telefon suami sehingga hari tua nanti.
Sumber: OHBulan