'Bukan Nak Riak' - Gaji Pemandu Lori RM8,000?
Pepatah Melayu ada mengatakan ‘tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu’ bagi mengambarkan tentang rezeki dan tuah masing-masing yang berbeza.
Walaupun dilihat sebagai pekerjaan berkelas rendah, tidak bekerja dalam pejabat, tidak menghadap komputer, pemandu lori merupakan salah satu pekerjaan yang menawarkan upah atau gaji yang tinggi.
Satu klip video tular dari akauan TikTok @Madrizz_Official yang menjawab soalan dari pengikutnya yang ingin tahu berkenaan gaji yang diperolehi.
Jelas pemilik akaun tersebut, gaji kasar pemandu lori sepertinya boleh mencecah sehingga RM8,000 sebulan.
Kredit foto: TikTok
“Gaji kasar boleh cecah sehingga RM8,800 sebulan, selepas ditolak EPF (KWSP), pinjaman dan komitmen bulanan, gaji yang diperolehi saya sebulan adalah RM6,215,” jelasnya.
Rata-rata orang ramai turut meninggalkan komen dan ada menyatakan gaji pemandu lori sebenarnya lebih tinggi dan ada yang mencecah belasan ribu ringgit.
Sumber: K! ONLINE