"Ingatkan Pura-Pura Pengsan Boleh Lepas..", Pura-pura Pengsan Nak Elak Dicekup Polis



Di Johor Bahru, seorang lelaki berpura-pura pengsan untuk meraih simpati anggota polis selepas ditahan dalam satu serbuan sarang penagihan dadah di Kampung Pandan pada jumaat.




Lelaki tempatan berusia 40-an itu dilihat terlantar selepas dia rebah ketika polis mahu membuat pemeriksaan terhadapnya yang ditahan atas kesalahan penyalahgunaan dadah di lokasi tersebut.









kredit foto: Sinar Harian




Lapor Sinar Harian, dalam serbuan Op Tapis oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor yang dilaksanakan bermula jam 3 pagi hingga 11 pagi, seramai 220 individu termasuk tiga warga asing ditangkap.




Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, kesemua individu ditahan berusia dalam lingkungan 21 tahun hingga 42 tahun.




Operasi dijalankan bagi membersihkan kawasan penempatan yang mana mereka tahu antara lokasi panas bagi kumpulan penagih dan juga pengedar dadah di kawasan itu.




Ujarnya mereka akan membuat operasi pembersihan dan berkerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mencari jalan untuk menyelesaikan isu kegiatan dadah di kawasan tersebut.











kredit foto: Sinar harian.




Kesemua individu ditahan didapati melakukan pelbagai kesalahan di bawah Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952.




Ingat pura-pura pengsan, boleh lepas?

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close