Isteri Shuk Jadikan Keruntuhan Rumah Tangga Sebagai Bahan Marketing?
Keretakan rumah tangga pelawak Shuk Sahar dengan isterinya, Rossa Sera angkara orang ketiga bukan lagi rahsia.
Sebelum ini, wanita itu juga beberapa kali secara terbuka meluahkan rasa hati terhadap masalah rumah tangga yang dihadapinya.
Terbaru, Sera berkongsi di Instastory gambar tangkap layar dari panggilan video antara Shuk dengan dua orang anak perempuan mereka.
Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian adalah perkongsian beberapa tangkap layar perbualan yang dipercayai kiriman Shuk.
Bagaimanapun, paparan mesej hanyalah menunjukkan isi perbualan dari satu pihak tanpa disertakan nama pengirim.
Sukar dipastikan sama mesej berkenaan dihantar oleh pelawak itu atau hanyalah sebahagian daripada teknik pemasaran melariskan produk.
Sebelum ini, Sera menerusi sebuah video mengatakan dia nekad menurunkan berat badan kerana tiada siapa yang menyayangi andai seseorang itu tidak kelihatan menarik.
Kenyataan itu seolah-olah menggambarkan masalah rumah tangga yang dialaminya.
Pun begitu, harapnya masalah rumah tangga tidak dijadikan bahan pelaris produk bimbang nanti tersingkap perkara lain yang tidak sepatutnya diketahui umum.