Netizen Bengang Lihat Aksi Gadis Makan & Telan Ayam Mentah, "Nak Buat Konten Pun Agak-Agak La.."




Kebisaannya kita melihat ikan salmon atau pun tiram dimakan begitu sahaja tanpa perlu dimasak terlebih dahulu.

Namun, baru-baru ini tular video memaparkan seorang gadis makan dan meratah ayam mentah sekaligus membuatkan ramai mahu muntah melihat aksi gadis berkenaan.


Tidak dapat dipastikan gadis berkenaan daripada negara mana, ramai meluahkan rasa bimbang berkaitan isu kesihatan susulan aksinya itu.




Dapat dilihat gadis berkenaan makan ayam mentah dan telan secara perlahan-lahan membuatkan ramai netizen rasa loya melihatnya.

Kata netizen lagi, demi secebis konten ada yang sanggup berbuat demikian tanpa mengambil kira keburukan akibat daripada tindakannya itu.


Menurut netizen, adakah gadis itu tidak tahu bahawa banyak kes kematian disebabkan makan ayam yang tidak masak.






Sementara itu, ada yang mengatakan semakin menghampiri dunia akhir zaman, semakin banyak perkara pelik-pelik berlaku.

SUMBER: Ohmedia

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close