Ibu hamil cuba bersalin sendiri mengikut tutorial di YouTube, akhirnya kedua-duanya mati

 


Seorang wanita berusia 26 tahun dengan bayinya dilaporkan meninggal dunia selepas wanita itu cuba bersalin sendiri selepas menonton tutorial bersalin di laman YouTube. 

Kejadian itu berlaku pada 10 Mac lalu, Ahad, di bandar Gorakhpur, India. 

Polis percaya mangsa cuba melahirkan bayinya sendiri tanpa bantuan kerana bimbang dengan stigma masyarakat terhadap wanita yang belum berkahwin (tetapi mempunyai anak). 

Difahamkan, kejadian itu disedari oleh jiran mangsa yang kemudian segera memaklumkan kepada tuan rumah selepas ternampak darah keluar dari bilik mangsa pada pagi Isnin 11 Mac. 
Tuan rumah datang dan memecahkan pintu bilik mendapati mangsa dan bayi lelaki itu sudah meninggal dunia sebelum menghubungi polis.

"Dia (mangsa) datang menemui saya empat hari lalu dan memberitahu saya yang ibunya akan datang untuk membantunya bersalin di hospital. 

"Selepas mendapat maklumat mengenai dirinya, saya sewakan bilik itu kepadanya," kata pemilik rumah. 

Siasatan polis pada telefon bimbit mangsa mendapati, wanita itu terdahulu menonton video YouTube kaedah bersalin sendiri dan beberapa video lain yang berkaitan. 

Gunting, pisau dan beberapa lagi barangan lain turut ditemui di tempat kejadian. 

Difahamkan, mangsa sudah menetap di bandar itu sejak empat tahun lalu dan hanya baru sahaja menyewa bilik itu sejak empat hari lepas. 

Selepas polis memaklumkan kejadian itu kepada waris mangsa, polis difahamkan mangsa tidak pernah berkahwin. 

Sumber: Independent UK

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close