Tukang sapu rogol wanita warga emas berusia 87 tahun, tapi ini tindakan polis selepas tu...
Seorang wanita warga emas berusia 87 tahun dirogol lelaki yang bekerja sebagai tukang suspek di New Delhi, India.
Menurut polis, suspek berusia 30 tahun itu tinggal berhampiran dengan rumah mangsa di Tilak Nagar, Newl Delhi. Ketika kejadian, mangsa terlantar di katil bersendirian sebelum didatangi suspek yang memecah masuk ke rumah lalu menyerangnya.
Difahamkan, mangsa tinggal bersama dengan anak perempuannya berusia 65 tahun dan ketika kejadian, anaknya tiada di rumah. Apabila dia pulang ke rumah, dia mendapati ibunya mengalami kecederaan.
Keluarga mangsa menuding jari pada polis kerana tidak mahu menerima kes tersebut pada awalnya dan menyarankan kes itu sebagai kesalahan mencuri, bukannya merogol seperti yang didakwa. Namun, polis tampil menafikan dakwaan keluarga mangsa.
"Keluarga wanita itu hanya membuat laporan mengenai kecurian pada Ahad lalu. Tuduhan dirogol itu hanya dibuat dalam aduan kedua semalam," katanya.
Berlainan pula dengan kenyataan ahli keluarga mangsa yang mendakwa, polis sebelum itu ada menasihatkan mangsa dan anak perempuannya tidak melaporkan kes rogol tersebut kerana tindakan itu hanya akan membebankan mereka di kemudian hari. Malah, dia mendakwa polis telah memfailkan kes kecurian tanpa memberitahu mereka.
Sementara itu, Suruhanjaya Wanita Kebangsaan menggesa pihak Polis New Delhi mengambil tindakan terhadap pegawainya yang didakwa tidak menjalankan tugas dengan baik.
Sumber: BBC