(Video) Mati dipijak selepas cuba memukau gajah jantan liar

 


Seorang lelaki di Sri Lanka maut dipijak gajah selepas cuba memukau seekor gajah. 

Rakaman video menunjukkan, mangsa berjalan ke arah gajah jantan liar yang sedang bersantai di tanah lapang sebelum mangsa cuba menarik perhatian haiwan itu yang membuatkannya bengang dan rasa terancam. 

Mangsa cuba memukau gajah itu yang sedang berlari ke arahnya tetapi haiwan itu tidak berhenti. Mangsa pula masih enggan mengalah dan terus mencuba menyebabkan dia dirempuh gajah itu sehingga terjatuh. 

Mangsa kemudian dipijak-pijak dan maut serta-merta di tempat kejadian yang berlaku di Taman Negara Yala, selatan Sri Lanka. 

Jabatan Perhutanan tempatan mengambil maklum mengenai kejadian itu dan berkata, mereka akan membantu keluarga mangsa. - Daily Mail

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close