Biri-biri dihukum penjara 3 tahun selepas menanduk warga emas sehingga mati

 



Seekor biri-biri telah dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun selepas haiwan itu dilaporkan menanduk seorang wanita warga emas sehingga mati. 


Biri-biri jantan itu didakwa menyerang, Adhieu Chaping, 45, dan menanduk dadanya beberapa kali sebelum mangsa disahkan meninggal dunia pada hujung minggu lalu. 

Pemimpin tradisional di Sudan Selatan menjatuhkan hukuman tersebut di mana haiwan ternakan itu perlu menghabiskan masa di sebalik jeriji besi di kem tentera. 


Selepas berbincang, pemilik biri-biri tersebut, Duony Manyang Dhal, bersetuju memberi lima ekor lembu kepada keluarga mangsa sebagai pampasan di atas kejadian yang tidak diingini tersebut. 


"Biri-biri itu menyerang dan menanduk rusuknya, mangsa serta-merta meninggal dunia di lokasi kejadian," kata jurucakap polis, Elijah Mabor kepada Sudan Eye Radio. 


"Kejadian ini berlaku di Rumbek, di sebuah tempat bernama Akuel Yol. Peranan kami sebagai polis ialah mengawal dan memastikan keadaan di tempat ini selamat. Biri-biri jantan itu kini telah ditahan di balai," ujarnya. 


Menurut pegawai daerah, Paul Adhong Majak berkata, pemilik ternakan itu dan keluarga mangsa adalah bersaudara dan jiran. Biri-biri jantan itu dihadiahkan kepada keluarga Chaping sebaik saja dia dibebaskan dari penjara. 


Di hadapan polis, keluarga mangsa terpaksa menandatangani kontrak pendamaian yang turut disaksikan oleh ketua masyarakat.


Sumber: Daily Star

Related Posts

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel

close